Tahniah saya ucapkan atas penubuhan blog yang pertama di Malaysia, memberikan akses kepada sesiapa sahaja untuk menulis di dalamnya. Ini amat bertepatan dengan kemajuan keterbukaan komunikasi masa kini yang berkembang pesat. Saya juga berbangga apabila versi Mobile untuk blog ini juga telah tersedia. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pengendali blog ini.
Adalah penting bagi pihak pengendali blog ini menyiarkan nama dan nombor telefon pengendali blog ini bagi mudah dihubungi sekiranya timbul soal-soal berbangkit.
Saya amat berbesar hati melihat perkembangan ini tetapi teguran ikhlas saya tentang situasi kemasyarakatan di Taman Perpaduan ialah, tiada kerjasama antara orang muda dan orang tua di Taman Perpaduan. Ini mungkin disebabkan ramai orang muda telah merantau keluar seperti saya. Tetapi adakah itu puncanya?
Sebenarnya tidak salah jika saya menyebut, orang-orang tua lah puncanya kerana gagal menyediakan aktiviti menjana pendapatan untuk orang-orang muda. Kita lihat di kampung-kampung dan felda-felda. betapa 'loaded' anak muda mereka kerana aktiviti ekonomi mereka telah disediakan oleh orang-orang yg lebih tua.
Semoga pengaruh orang muda akan terus meresapi Taman Perpaduan.
Terima kasih.
PERANTAU
Desa Pandan, KL
terima kasih atas kata-kata aluan saudara Perantau.. soal yang melibatkan golongan muda dan golongan tua ni teman nak elak untuk komen. tapi keseluruhannya teman rasa, hubungan cukup baik, tetapi banyak lagi yang boleh diperbaiki.
BalasPadam