Persaraan Nasir Ismail dari bidang politik menimbulkan tohmahan dan
spekulasi dari pihak dalaman parti sendiri.
Malah Ketua Pemuda Tambun dengan terbuka pernah menyebut Nasir dipecat
oleh Ketua Bahagian sendiri.
Jika benar sekalipun, apakah sesuai untuk dijaja cerita tersebut
merata-rata? Apa nak jadi dengan UMNO Tambun?
Apakah sesuai bagi seorang Ketua Pemuda mengeluarkan kenyataan seperti
itu? Adakah ianya baik untuk parti?
Nasir Ismail adalah antara penggerak tertubuhnya UMNO Taman Perpaduan
pada tahun 1984 ketika Ketua Pemuda masih berhingus di bangku sekolah.
Adakah sikap mulut lancang beliau diajar oleh parti? Amatlah rugi buat
parti untuk memiliki pemimpin jenis ini.
Tidak boleh menyebut bahawa UMNO telah membawa surau baru dan dewan
baru di Taman Perpaduan kerana di kubu pembangkang seperti Manjoi,
lebih banyak prasarana telah diusahakan, malah dibina pasar dan
stadium!
Taman Perpaduan yang merupakan kubu kuat UMNO sejak Menteri Kewangan
Kedua masih tercari-cari asas untuk berpolitik, tidak boleh
diperlecehkan sembrono.
DAUD
Tkt Perpaduan 3
terima kasih kerana menyertai Masyarakat taman Perpaduan.. soal politik biarlah orang yang arif mengenainya yang jawab.. teruskan menghantar post anda ke blog ini ..
BalasPadam