Blog ini non-partisan dan terbuka kepada semua tanpa mengira fahaman politik. Emel atau MMS ucapan / rayuan / keluhan / pengumuman anda ke tamanperpaduan.terusblog@blogger.com untuk tulisan anda tersiar di blog ini serta merta. Gambar juga boleh disertakan dan tertakluk kepada syarat.
Posting tidak sepatutnya akan dinyahsiarkan.

Isnin, 6 Februari 2012

ASSALAMUALAIKUM!

Inilah posting pertama blog ini. Posting blog ini yang boleh disertai oleh penduduk Taman Perpaduan untuk menukilkan keluh kesah, pujian, ucapan terima kasih dan pemberitahuan mengenai kelahiran, kematian, perkahwinan dan permohonan bantuan yang boleh anda sampaikan sendiri melalui komputer anda / telefon bimbit anda. Anda hanya perlu menulis emel atau mms dan dialamatkan ke  tamanperpaduan.terusblog@blogger.com dan posting anda akan tersiar di blog ini serta merta. Setiap post mestilah disertakan nama samaran dan kawasan tempat tinggal. Gambar turut boleh disertakan dengan syarat tidak melebihi 300kB per gambar. Posting tuan-tuan dan puan-puan juga tidak dibenarkan melebihi 1,000 patah perkataan bagi kesenangan semua pihak. Pihak admin berhak menyahsiar mana-mana posting yang tidak sesuai dan tidak akur kepada aturan yang ditetapkan. Sekian untuk makluman. Selamat berkomuniti ke arah perpaduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan