Rabu, 29 Februari 2012
Jumaat, 24 Februari 2012
Makna Bacaan Dalam Solat
Khamis, 23 Februari 2012
Kunci kekusyukan solat ialah kemengertian maksud ayat.
(2)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(3)الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(4)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
(5)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
(6)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
(7)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Rabu, 22 Februari 2012
SABOTAJ PALING KEJI ?
Isnin, 20 Februari 2012
"Miker nak meronjang teman.."
"Miker nak meronjang teman.."
Ujar seorang pemimpin terkenal di Taman Perpaduan bila saya tanyakan nampaknya agak kurang hadirin pada petang 18 Februari lalu kerana publisiti yang gagal.
Mungkin kerana agak penat dan agak kusut, sang pemimpin yang dulu sangat saya hormati itu, mencampakkan rasa hormat saya ke longkang dengan pantas sekali.
Sebelum mengeluarkan ungkapan tersebut, tanpa senyum sedikit pun, Pengerusi JKKK Batu 5, 6 dan Taman Perpaduan itu menjawab, "nanti la.. malam karang baru la penuh.." setelah senyap untuk tiga saat, dia menyebut dengan nada yang lebih perlahan "miker nak meronjang teman ..(mulut terkumat kamit selepas itu)"
Mengikut ayat penuhnya, semestilah " kamu nak 'drop' aku je kerjanya ".
Salah. Encik salah. Saya nak membantu apa yang patut. Bukan nak dengar apa yang tak patut.
Saya tak mendakwa diri ini sebagai pandai, tetapi saya jelas nampak ada banyak sudut ketidakpandaian pihak penganjur. Apalah salahnya yang muda dan tua bekerjasama?
Tiada banner, tiada risalah, tiada borang edaran secara komprehensif dan efisien untuk pertandingan dan sewaan tapak jualan. Teman pun cuma copy paste status Facebook ketua cawangan yang penuh typo (tanpa teman betulkan sedikitpun) ke Page Facebook Taman Perpaduan sebagai membantu promosi walaupun teman di Putrajaya. Bukan teman kebulor sekupang haram.
Banyak cerita tak sedap yang teman dengar pasal sang Pengerusi. Orang panggil tak nyahut pun ada yang mengadu. Pengerusi yang kali ini susah dicari. Tak macam pengerusi dulu. Bawak cop dan sedia sign ke sana ke mari. Teman kojer gomen dulu pun arwah Pengerusi dulu ler yang sign.
Tapi yang ini semedang tak ader. Ader pun dikata tak ader. kalo ada perubahan dasar soal cop-cop ni, jumpa penduduk yang datang, bagitahu pada siapa patut dia rujuk. Itu yang seharoihnye.
Teman nak bawak jugalah perkara ni ke hadapan. Jangan ingat teman takut. Teman mengundi DACING. Teman ada hak. Kot kalau celik MP dengan ADUN, celik ler. Kalo udah dimendremnyer demer, awak tak tau ler.
Nasib baik jawatan demer tak demokratik. Kalau dipilih, kelaut ler. Teman punya apply keahlian UMNO 3 tahun sudah entah diapprove ketua cawangan entah tidak. Macam-macam hal Taman Perpaduan ni yop!!!
Teman heran. Di saat Perdana Menteri bersikap terbuka dan menerima apa juga kritikan malah kejian, pemimpin akar umbi yang selayaknya bergelar 'Little Napoleon' ini sangat bengis, jumud dan menutup pintu pada penambahbaikan dan rejuvenikasi.
Teman percaya, Kompleks Komuniti Taman Perpaduan yang agak besar itu mampu menampung lebih ramai hadirin yang kalau berdiri dan dimampatkan ke satu sudut, suku dewan pun tak sampai. Ini tak patut ler sangat bagi melambangkan sambutan yang sepatutnya diperolehi bagi menunjukkan refleksi sokongan rakyat Taman Perpaduan, Batu 5 dan Batu 6 ke atas pemerintah.
Tetapi, nak gelak pun teman kesian, kena pulak tuduh 'nak meronjang Pengerusi'. Buah kalo ranum, tak payah jolok. Dia akan jatuh sendiri sebab dahan pun tak sudi pada tangkai buah tu lagi.
This is sad my friends.
Selasa, 14 Februari 2012
Sila Baca : Penerangan Hari Valentine
Jumaat, 10 Februari 2012
LAPOK..ARTIKEL HEBAT TUN M.
2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.
3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.
4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.
5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.
6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.
7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.
8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.
9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.
10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.
11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.
12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.
13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.
14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.
15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.
16. Disini ingin saya jelas bahawa “teknikal” bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam.
P.S.
a. Newsweek melaporkan berkenaan tuduhan merogol yang dibuat oleh Diallo, perempuan kulit hitam yang bekerja sebagai pencuci bilik hotel terhadap Dominique Strauss-Kahn, pengarah IMF, seorang orang besar berkulit putih.
b. Walaupun Strauss-Kahn ditangkap kerana merogol dan ada bukti yang mangsa telah dirogol, tetapi pendakwaraya tidak membawa kes ini untuk dibicara dalam mahkamah.
c. Kononnya Diallo suka membohong. Apakah pembohongan yang dibuat? Kononnya dia membohong tentang apa yang dilakukan olehnya selepas dirogol, bilik mana yang dia pergi dan berapa lama.
d. Kononnya dia (biasa) membohong berkenaan duit yang diberi kepadanya dan lain-lain pembohongan lagi. Akhbar melapor oleh kerana dia biasa membohong, panel hakim tidak akan percaya yang dianya telah dirogol. Sebab itu Strauss-Kahn tidak dihadapkan ke mahkamah.
e. Tanya penulis rencana dalam Newsweek, “apakah panel hakim tidak tahu yang perempuan yang membohong juga boleh jadi mangsa rogol?”
f. Di Malaysia soalannya ialah apakah orang yang melafazkan sumpah dengan menjunjung Quran dalam masjid juga tidak boleh dipercayai? Sebaliknya orang yang tidak berani bersumpah boleh dipercayai.
Dipetik dari Blog GAP
KARNIVAL REMAJA JKKK BATU 5 / 6
KARNIVAL REMAJA JKKK BATU5/6 / NGO'S AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 18.2.2012 BERMULA JAM 10.00 PAGI HINGGA JAM 11.30 MALAM BERTEMPAT DI DEWAN KOMUNITI TAMAN PERPADUAN ULU KINTA. PERASMIAN AKAN DISEMPURKAN PADA JAM 8.45 MALAM OLEH YB. DATO' RUSNAH KASSIM, ADUN HULU KINTA. ACARA PERTANDINGAN AWAL KARAOKE DUN HULU KINTA PADA JAM 10.00 PAGI DAN PERTANDINGAN AKHIR PADA JAM 9.00 MALAM. ACARA ACARA LAIN IALAH PROMOSI DAN JUALAN, PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN, SUKAN RAKYAT DAN CABUTAN BERTUAH. YANG BERMINAT UNTUK PROMOSI JULAN ADALAH DIALU ALUKAN DGN MEMBERIKAN SEDIKIT SUMBANGAN KPD PIHAK PENGANJUR. TQ.
Rabu, 8 Februari 2012
Kisah Suara Dari Langit
Antara teori paling terkenal yang dikatakan menjadi punca berlakunya insiden itu ialah Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP). HAARP adalah merupakan program penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA pula dikenali sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan 'bunyi aneh' seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia.
Sumber Hadis :
Tanda lain adalah munculnya langit yang memancarkan warna merah, yang merahnya itu adalah merah yang berlainan sekali daripada cahaya merah yang biasa dilihat setiap hari. Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini, dan ucapannya itu dapat difahami oleh semua manusia. Tanda lain ialah sebuah kampung di Khuristan, sebuah wilayah di Syam akan tenggelam ke dalam bumi akibat gempa bumi dan rekahan yang luas. Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami oleh setiap orang menurut bahasa masing-masing, yag datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini. Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.
Adakah mereka telah membangunkan alat untuk melawan suara dari langit? Saat umat Islam negara ini berpecah belah, adakah kita dalam dunia yang semakin suntuk? Malang sungguh umat Islam negara ini.
BTMTP : Dunia akhir zaman!
Tahniah orang muda
Kenapa tiada solat jumaat
Cikgu Ali Sokong 30 Tahun Taman Perpaduan
Psn Perpaduan
Selasa, 7 Februari 2012
Fwd: Tukar nama taman
salam perpaduan..
Jangan jadi blog politik
Benarkah Ini?
Persaraan Nasir Ismail dari bidang politik menimbulkan tohmahan dan
spekulasi dari pihak dalaman parti sendiri.
Malah Ketua Pemuda Tambun dengan terbuka pernah menyebut Nasir dipecat
oleh Ketua Bahagian sendiri.
Jika benar sekalipun, apakah sesuai untuk dijaja cerita tersebut
merata-rata? Apa nak jadi dengan UMNO Tambun?
Apakah sesuai bagi seorang Ketua Pemuda mengeluarkan kenyataan seperti
itu? Adakah ianya baik untuk parti?
Nasir Ismail adalah antara penggerak tertubuhnya UMNO Taman Perpaduan
pada tahun 1984 ketika Ketua Pemuda masih berhingus di bangku sekolah.
Adakah sikap mulut lancang beliau diajar oleh parti? Amatlah rugi buat
parti untuk memiliki pemimpin jenis ini.
Tidak boleh menyebut bahawa UMNO telah membawa surau baru dan dewan
baru di Taman Perpaduan kerana di kubu pembangkang seperti Manjoi,
lebih banyak prasarana telah diusahakan, malah dibina pasar dan
stadium!
Taman Perpaduan yang merupakan kubu kuat UMNO sejak Menteri Kewangan
Kedua masih tercari-cari asas untuk berpolitik, tidak boleh
diperlecehkan sembrono.
DAUD
Tkt Perpaduan 3