Apakah mereka tidak benar-benar faham taqdirul azizir rohim? Contohnya tegarkah mereka membunuh anak perempuan mereka yang membesar sebagai pengkid dan memaki hamun Tuhan atas kurniaan tersebut? Tentulah tidak.
Sekiranya mereka berkelompok mengatur umpat dan maki ke atas pemimpin negara, yang telah Allah sediakan Raqib dan Atib untuk setiap pemimpin tersebut, dibuat disudut mana-mana tempat yang umpatan itu tidak sampai ke telinga sang pemimpin, ke pendengaran siapakah segala umpat maki dan caci itu tiba?
Sekiranya Allah mentakdirkan sifat-sifat seorang pemimpin itu sebegitu dan sebegini berdasarkan apa yang si pemimpin itu usahakan ke atas dirinya, maki hamun seorang yang kononnya 'warak' dan 'lebih diterima amalannya dari yang lain' ke atas perangai sang pemimpin yang ditetapkan oleh Allah itu, sebenarnya maki hamun kepada siapa?
Bukankah Allah yang merencanakan jalan perangai si pemimpin? Malah Allah juga yang mendengar maki hamun umpat maki mereka yang berpakaian zuhud berhati serigala itu? Tidakkah sepertinya mereka memaki hamun Tuhan yang mereka sembah setiap masa ini tanpa mereka sedari dengan memaki hamun perilaku si pemimpin? Politik telah menyesatkan mereka tanpa sedar.
Maka teman secara tak langsung bersetuju dengan komentar seorang yang 'bijaksana' sebelum ini bahawa 'ramai orang yang sembahyang 5 waktu juga masuk neraka'. Sudah pasti kerana tidak menjaga lidah dan jari jemarinya.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :
Jelas sekali demokrasi yang diciptakan oleh pemikir-pemikir Zion beberapa ratus tahun dahulu telah berjaya mendatangkan kesan keselewengan pemikiran ke atas umat Islam di Malaysia hari ini. Mereka tanpa segan silu menyanggah ketentuan Allah tanpa mereka merasakan itu merosakkan aqidah mereka dan secara tidak langsung mampu mereputkan hati mereka dalam menilai apa yang wajar dan apa yang tidak.
Surah Ali Imran ayat 26 itu sangat jelas sekali terpakai dengan situasi politik Malaysia hari ini. Allah mengkurniakan kerajaan kepada Barisan Nasional manakala si ketua pemerintah pula terduduk dalam pandangan yang sinis. Jika kita mahu berfikir, tentulah kita dapat mengetahui apakah sebabnya ini berlaku.
Tidak mustahil takdir Allah mahukan parti Islam menyertai Barisan Nasional dan mengepalai pimpinan Barisan Nasional dengan menggantikan UMNO. Tetapi apakah ini yang berlaku di negara ini? Nampaknya tidak. Mereka malahan bersekongkol dengan puak pendukung murtad dan puak penentang Islamisasi.
Ada yang baik dari sudut ketetapan Allah untuk melanjutkan penguasaan Barisan Nasional di atas tampuk pemerintahan ini berdasarkan apa yang di luar jangkauan pemikiran manusia. Tetapi andai kata Barisan Nasional tumbang, sudah tentulah ini berbalik kepada apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah Ali Imran ayat 26 itu. Namun sekiranya BN masih belum 'End' selepas PRU13, perlanjutan untuk sepenggal lagi ini mungkin berkait dengan ayat 29 :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :
Wallahualam bissawab.
IPOH MALAY